Thursday, November 13, 2008

Mak...

Waktu sedih2 mcm ni selalu aku teringat kat mak.. mak selalu dengar luahan hati aku.. mak selalu ada dekat dgn aku.. mak selalu nasihat kan aku... walaupun mak selalu marah kat aku sebab aku anak yang suka lawan cakap mak, tp aku adalah anak yang paling rapat dgn mak... 

Baju mak, baju aku.. Kasut mak, kasut aku juga.. cuma duit je hak mak sorang.. hehehe.. tp akan jadi hak aku jugak kalau mak kasi kat aku... Tp jgn tak tau, kdg2 baju aku, baju mak... kasut aku pun kasut mak.. kitorang ni sesaiz, so leh kongsi2.. mcm kakak dgn adik... (tp aku dgn kakak aku pun tak serapat aku dgn mak aku).. 

Semua rahsia aku mak tau, walaupun citer pasal boyfriend.. hebat tak mak aku... Kalau aku kena marah dgn abah, mak selalu backup...

Tp skrg semua tu tinggal memori, sebab mak dah takde.. Mak dah lama tinggalkan aku... tinggalkan aku 7 beradik dgn abah... dan membuatkan anak2 mak skrg ni sgt2 survivor... sgt2 berdikari...

Kdg2 aku tertanya, kenapa mak pergi dulu sebelum sempat aku dan adik2 puas bermanja..puas kena marah..puas berkasih sayang??? Mungkin Allah lebih menyayangi mak dari aku, dari semua ahli keluarga mak...

Mak, walau dimana mak berada, aku tetap doakan mak bahagia, digolongkan bersama-sama orang yang beriman, mak mendapat payung emas, dan yang paling penting aku selalu berdoa supaya aku dapat jumpa mak di syurga... di akhirat...

nokhtah


Kata-kata...

Kdg2 kita tak sedar dgn kata2 yg keluar dari mulut dan bibir kita.. Kdg2 kita keluarkan kata2 yg sedap didengar hanya utk menyedapkan hati org yg mendengar mahupun hati kita sendiri.. Bila ada kata2 yg menguris hati kita, kita akan terasa, makan hati, dendam rasa dsbgnya.. tp bagaimana pula dgn kata2 yg kita keluarkan dan membuatkan org lain rasa sedemikian? adilkah begitu? kita taknak terasa dgn kata2 org lain, maka kita jgn mengeluarkan kata2 yg boleh menguris hati org lain...

Beberapa hari lepas, aku terasa nyaman, bahagia dgn kata2 dari insan yang aku sayangi.. tp pagi td.. aku sangat 'terasa' dgn kata2 yg diucapkannya... sedih hati ini tak terkata.. namun dgn siapa mampu ku luahkan... 

kdg kala dgn kata2 mampu membuat kita senyum dan bahagia, namun dgn kata2 jugalah mampu membuat kita kecewa... 

nokhtah

Thursday, October 9, 2008

Selamat Berjuang Abah...

Tanggal 6 Oktober 2008, jam 2.30 pagi...
Abah telah pun selamat terbang ke Timur Leste kerana bertugas PBB di sana. Dengan itu, tinggal kami 7 beradik bersama-sama mengharungi hidup yang mendatang. Abah akan pergi selama setahun.. Setahun, kalau pejam celik mmg sekejap.. tapi rasanya nak mengharunginya umpama beribu tahun lamanya.... Dah lah mak dah tiada...  Abah pula pergi bertugas jauh... huhuhuhu... sedih mmg sedih.. tp ni je peluang yang abah ada utk merasai bertugas di sana.. biarlah kan... selagi masih ada peluang, biar dia mencuba... yang penting, kami tetap mendoakan abah selamat pergi dan kembali dengan baiknya...

Buat abah yang aku sayangi, aku doakan abah selamat dan sejahtera di sana... Aku dan adik2 yang lain tetap kan menanti kepulangan abah tahun depan... We Love U, Abah...

Andai ku tahu... (ungu)

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon 
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut nereka
Namun aku juga tak pantas di syurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu

Kekasih gelapku... (ungu)

Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku
Hidupku…

Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Woho…

Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku… 

Monday, October 6, 2008

Hari Raya 2008

Hari raya... sunyi, kosong, sepi... 
Hari raya di KL... lagi sepi.. sbb semua org balik kampung...
Aku mmg takde kampung...
tu la sbb raya kedua aku dah tercongok kt Jaya Jusco...
apa la nasib aku...

Monday, September 29, 2008

Berbuka puasa di De Palma Hotel, Ampang...

Jumaat lepas aku gi buka puasa kat Hotel De Palma, Ampang.. tp aku bukannya nak citer pasal makanan kat sana... Pasal aku jumpa penyanyi yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu.. Amir Ukay's... mesti terkenang-kenang korang pasal Amir Ukay's ni kan?? dan pada malam tu, dia sungguh sporting bila dijemput untuk menyanyi.. mula2 dia nyanyi lagu favorite aku.. "Seksa".. kemudian peminat sumer suh dia nyanyi satu lagu lagi.. so second song.. "Disana menanti, disini menunggu"... wahhh... kira nostalgia la malam tu.. pastu dia suh hadirin nyanyi skali... seronok dan enjoy malam tu.. kira tak menyesal la datang..walupun pada mula nya bengang sebab jalan jem masa on the way ke sana dan terpaksa berbuka atas jalan raya....


























So camner? terubat tak kerinduan korang???

Thursday, September 4, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kepada semua umat islam di dunia ini... saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. dan selamat menunaikan ibadah puasa..

Tanah Rata Cameron Highlands.. Day 3 & 4....

Hari ketiga.. pegi kebun strawberry.. lepak makan coklat strawberry, dadih strawberry, jem strawberry.. macam2 la yg dibuat dari strawberry...











Hari keempat.. ladang Teh Boh dan juga Teh Cameron... seronok menikmati keindahan dan udara nyaman di ladang teh...


















Cameron Highland... kita jumpa lagi yer..







Tuesday, August 26, 2008

Tanah Rata Cameron Highlands.. Day 1 & 2...

Baru-baru aku gi Cameron Highlands.. sajer gi cuti2 malaysia..seronok gak..sbb dah lama sgt aku tak gi jejalan... Trip aku kali ni.. 4 hari 3 malam... Stay kat Strawberry Park Resort.. Bertolak hari Khamis.. balik hari Ahad... Alhamdulillah... semua yang dirancang berjalan lancar...

Hari pertama sampai, biasa lah.. letih.. so bila dpt je bilik.. terus zzzzzz... sebelah mlm baru gi cari makan...

Esok nya, hari kedua baru semangat nak berjalan... Hari kedua, lepas breakfast..gi melawat Taman MARDI.. alah.. pusat penyelidikan MARDI... seronok jugak.. sbb tgk mcm2 jenis buah dan sayuran yg ada yg tak penah jumpa pun kat KL...


Ni antara gambar-gambar yang sempat dirakam masa kat MARDI tuh..



Nanti aku sambung citer hari ketiga dan keempat....

Tuesday, July 29, 2008

Kata-kata Indah...

Kata-kata Indah...

"Bila Allah makbulkan Doamu, Maka DIA Amat menyayangimu,
Bila DIA lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. "



"Kehidupan itu perlukan kebahagiaan,
Kebahagiaan itu perlukan pengorbanan,
Pengorbanan itu perlukan kesabaran,
Kesabaran itu perlukan keyakinan,
Keyakinan itu menentukan kejayaan."


Monday, July 28, 2008

Kucing..




Hari sabtu lepas aku gi umah akak aku kat Chaah, Johor. Saje nak melawat anak buah aku yg baru lahir seminggu yang lalu.. on the way ke sana, aku berhenti kat R&R Ayer Keroh... rehat2 sambil makan tengahari.. kat sana adalah aku terlihat seekor kucing sedang nyenyak tido.. (sebenarnya aku ni minat kucing, tapi tak tahan bau tahi nya tu yg tak bela kucing tuh..)


Thursday, July 24, 2008

HP Print World Exhibition 2008

Hari tu aku ada gi HP Prnit World Exhibition 2008 kat Crowne Plaza Mutiara Hotel.. Pegi dgn kawan opis aku..
Best..sebab dpt byk free gift.. hehehehhe...










Monday, July 21, 2008

okt30 kini okt30-me

huhuhu.. buat penat jer.. hari tu dh create okt30, oleh kerana terdapat kesilapan teknikal, terpaksa remove okt30 dan digantikan dgn yg baru ...
maka terimalah - okt30-me